About Me MySpace 3.0 Layouts
fatimah rosli si hantu coklat
About Me MySpace 3.0 Layouts
sudah bace wajib like ! haha kepada yang terhebat i love you !
About Me MySpace 3.0 Layouts
blog blog blog si hantu coklat

Saturday, 20 August 2011

resipi seterusnya ;)

baik lah ..... ini sambungan resepi sebelum ni ...hope korang enjoyed ;)

4) MUTTON MASALA

Bahan-bahannya :-


1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan 1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...)

Bahan dikisar bersama :-
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 batang serai
-----------------------
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sk biji jintan putih
1/2 sk biji jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka...nak mix ngan sedikit serbuk kari daging pun ok)1 sk serbuk Garam Masala
2 gelas air
Garam dan aji secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-
Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
Kacau seketika dan masukkan tomato.
Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.
Mutton masala sedia dihidang.

*** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air...
Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...


5) AYAM BUUMBU BALI

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia * ~ (*diblend)
100ml susu cair
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
garam
gula
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.


6) SALAD BUAHAN

Bahan-bahan untuk Salad Buah-buahan
Pelbagai jenis buah-buahan
1/2 cwn mayonis
2 cmb jus lemon/limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat Salad Buah-buahan
Pilih buah-buahan yang sesuai seperti epal, lai, pear, anggur dan lain-lain. Bila kita membuat hidangan barat, sudah tentu buah-buahan import lebih sesuai. Sebaiknya pilih buah-buahan dari pelbagai warna supaya hidangan lebih cantik. Buah jambu kat atas tu saja je saya campurkan sebab itu je yang saya ada. Rasanya pun ok juga.
Potong semua buah-buahan berbentuk dadu kasar. Anggur boleh dibelah dua dan dibuang bijinya. Buah-buah lain juga mesti dibuang bijinya supaya mudah untuk dimakan. Gambar diatas adalah gambar alat yang digunakan untuk membuang biji buah-buahan.
Buah-buahan yang mudah lebam seperti pear, lai, epal dan lain-lain bolehlah direndam didalam air yang bercampur sedikit garam. Boleh juga menggunakan jus lemon atau limau.
Larutkan garam dan gula dalam jus lemon/limau kasturi.
Campurkan mayonis ke dalam jus tadi dan gaul rata menjadi salad dressing.
Buah-buahan dibilas dengan air bersih dan digaulkan dengan salad dressing secukupnya.
Simpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup sehingga dihidangkan.


 hihihi selamat mencube ;D




Terima Kasih Daun Keladi,Kalau Rajin Follow la Saya

No comments:

Post a Comment